Yang molek itu budi , Yang indah itu bahasa..

Tuesday 6 December 2011

renungkanlah...

Air dicincang tidak akan putus
Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang molek itu budi yang indah itu bahasa.

No comments:

Post a Comment

Peribahasa dan Maksudnya

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh. Yang lama dikelek, yang baharu didukung Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu. Seperti lembu dicucuk hidung Maksud :Orang yang selalu menurut kemahuan orang Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh. Bagai kaca terhempas ke batu Maksud : Sangat sedih atau kecewa. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat. Bagai Aur Dengan Tebing Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Maksud : mengalami susah senang bersama-sama. Bara yang digenggam biar sampai jadi arang Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi. Melentur buluh biarlah dari rebungnya Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah Indah khabar daripada rupa Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah Maksud : Pengagihan yang sama banyak. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama. Kacang lupakan kulit Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari. Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya. Bagai ikan pulang ke lubuk Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. Bak cendawan tumbuh selepas hujan Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa. Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula. Bbiar mati anak, jangan mati adat Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat. Sediakan payung sebelum hujan Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana

1.Berakit-rakit Kita Ke Hulu , Berenang-renang Ke Tepian

1.Berakit-rakit Kita Ke Hulu , Berenang-renang  Ke Tepian

2.Api Dalam Sekam

2.Api Dalam Sekam

3. Seperti Katak Bawah Tempurung

3. Seperti Katak Bawah Tempurung

4. Merpati Dua Sejoli

4. Merpati Dua Sejoli

5. Sediakan Payung Sebelum Hujan

5. Sediakan Payung Sebelum Hujan

6. Rusa Di Hutan , Kancah Sudah Dijerang.

6. Rusa Di Hutan , Kancah Sudah Dijerang.

Peribahasa Beserta Ayat.

1.Peribahasa:Buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali.Maksud: membuat pekerjaan baik janganlah berlebihan tetapi perbuatan jahat jangan sekali dilakukan. Contoh ayat:Encik Azhar sentiasa menasihati pekerjanya supaya buat baikberpada-pada,buat jahat jangan sekali agar setiap pekerjaan berjalanlancar.
2.Peribahasa: Seperti kerbau dicucuk hidungnya Maksud: orang bodoh yang menurut perintah orang. Contoh ayat: Omar sering dibuli oleh rakan-rakan sekelasnya kerana dia menurut segala arahan rakan-rakannya seperti kerbau dicucuk hidungnya.3.
3.Peribahasa:Hilang di mata,dekat di hati Maksud: walaupun berjauhan tempat tinggal tetapi selalu diingat di dalamhati. Contoh ayat: Walaupun para pelatih PLKN sudah pulang ke rumah masing-masing namun kenangan juga rakan-rakan sewaktu di kem tidakakan dilupakan,hilang di mata,dekat di hati.
4.Peribahasa: Bagai dihiris dengan sembilu Maksud: sangat pedih rasa hati. Contoh ayat: Awey terasa bagai dihiris sembilu tatkala ayah menyatakan bahawa dia hanya anak angkat di dalam keluarga.
5.Peribahasa: Bagai menghitung bulu kambing Maksud: mengerjakan sesuatu yang sia-sia.Contoh ayat: Pak Hadi tetap juga mengusahakan ladang getahnya walaupun ladangnya itu sudah dijual kepada peneroka asing,bagai menghitung bulu kambing.
6.Peribahasa: Bagai hujan jatuh ke pasirMaksud: pertolongan yang tidak berbalas.Contoh ayat: Hamid menyesal meminjamkan wang kepada Jamal bulan lepas kerana sekarang dia amat memerlukan wang dan Jamal tidak mahu membantunya dan Hamid berasa bagai hujan jatuh ke pasir.
7.Peribahasa: Bagai itik pulang petang Maksud: sangat lambat Contoh ayat: Mamat merupakan seorang pekerja yang amat cermat dan semua hasil kerjanya dibuat bagai itik pulang petang.
8.Peribahasa: Sudah jatuh ditimpa tangga Maksud: kesusahan yang datang berturut-turut Contoh ayat: Hidup Mak Limah sudah jatuh ditimpa tangga kerana setelah suaminya meninggal dunia,dua orang anaknya pula hilang tanpa khabar berita.
9.Peribahasa: Tahan jerat serong kepala Maksud: hendak mencelakakan orang lain tetapi diri sendiri yang mendapat celaka.Contoh ayat: Meon ingin membalas dendamnya terhadap Kholl dengan memutuskan wayar brek motor Kholl akan tetapi Meon telah terpotong wayar brek motornya sendiri ibarat tahan jerat serong kepala
10.Peribahasa: Bagai kacang lupakan kulit Maksud: orang yang lupa asal usulnya Contoh ayat: Mira telah menghalau ibu bapanya dari rumah kerana malu berhadapan dengan keluarga mertuanya yang kaya-raya. Mira bagaikan kacang lupakan kulit.