Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih
Ikut Hati Mati, Ikut Rasa Binasa
Air Dicincang Tak Akan Putus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Peribahasa dan Maksudnya
Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping
budaya hidup yang baharu.
Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud :Orang yang selalu menurut kemahuan orang
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
Kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
Bbiar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana
1.Berakit-rakit Kita Ke Hulu , Berenang-renang Ke Tepian
2.Api Dalam Sekam
3. Seperti Katak Bawah Tempurung
4. Merpati Dua Sejoli
5. Sediakan Payung Sebelum Hujan
6. Rusa Di Hutan , Kancah Sudah Dijerang.
Peribahasa Beserta Ayat.
1.Peribahasa:Buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali.Maksud: membuat pekerjaan baik janganlah berlebihan tetapi perbuatan jahat jangan sekali dilakukan.
Contoh ayat:Encik Azhar sentiasa menasihati pekerjanya supaya buat baikberpada-pada,buat jahat jangan sekali agar setiap pekerjaan berjalanlancar.
2.Peribahasa: Seperti kerbau dicucuk hidungnya Maksud: orang bodoh yang menurut perintah orang.
Contoh ayat: Omar sering dibuli oleh rakan-rakan sekelasnya kerana dia menurut segala arahan rakan-rakannya seperti kerbau dicucuk hidungnya.3.
3.Peribahasa:Hilang di mata,dekat di hati Maksud: walaupun berjauhan tempat tinggal tetapi selalu diingat di dalamhati.
Contoh ayat: Walaupun para pelatih PLKN sudah pulang ke rumah masing-masing namun kenangan juga rakan-rakan sewaktu di kem tidakakan dilupakan,hilang di mata,dekat di hati.
4.Peribahasa: Bagai dihiris dengan sembilu Maksud: sangat pedih rasa hati.
Contoh ayat: Awey terasa bagai dihiris sembilu tatkala ayah menyatakan bahawa dia hanya anak angkat di dalam keluarga.
5.Peribahasa: Bagai menghitung bulu kambing Maksud: mengerjakan sesuatu yang sia-sia.Contoh ayat: Pak Hadi tetap juga mengusahakan ladang getahnya walaupun ladangnya itu sudah dijual kepada peneroka asing,bagai menghitung bulu kambing.
6.Peribahasa: Bagai hujan jatuh ke pasirMaksud: pertolongan yang tidak berbalas.Contoh ayat: Hamid menyesal meminjamkan wang kepada Jamal bulan lepas kerana sekarang dia amat memerlukan wang dan Jamal tidak mahu membantunya dan Hamid berasa bagai hujan jatuh ke pasir.
7.Peribahasa: Bagai itik pulang petang
Maksud: sangat lambat Contoh ayat: Mamat merupakan seorang pekerja yang amat cermat dan semua hasil kerjanya dibuat bagai itik pulang petang.
8.Peribahasa: Sudah jatuh ditimpa tangga Maksud: kesusahan yang datang berturut-turut Contoh ayat: Hidup Mak Limah sudah jatuh ditimpa tangga kerana setelah suaminya meninggal dunia,dua orang anaknya pula hilang tanpa khabar berita.
9.Peribahasa: Tahan jerat serong kepala Maksud: hendak mencelakakan orang lain tetapi diri sendiri yang mendapat celaka.Contoh ayat: Meon ingin membalas dendamnya terhadap Kholl dengan memutuskan wayar brek motor Kholl akan tetapi Meon telah terpotong wayar brek motornya sendiri ibarat tahan jerat serong kepala
10.Peribahasa: Bagai kacang lupakan kulit Maksud: orang yang lupa asal usulnya Contoh ayat: Mira telah menghalau ibu bapanya dari rumah kerana malu berhadapan dengan keluarga mertuanya yang kaya-raya. Mira bagaikan kacang lupakan kulit.
No comments:
Post a Comment